Kesabaran, Kesedihan, Kegembiraan-terpulanglah

Kadangkala kesabaran itu sia-sia.

Kadangkala kesabaran itu berbaloi.

Kadangkala kesedihan seperti tiada penghujung.

Tapi apa salahnya jika kadangkala diselitkan kegembiraan.

Walau tahu ia bukan selamanya.

0leh itu, jangan dilupa kegembiraan hari ini dan sentiasa la diingati kesedihan yang sering menyinggah diri.

Pilihan terletak di tangan kita.

Terpulang kepada kita sama ada kita mampu menerima baek buruk pilihan kita.

0h, sungguh penuh m0tivasi diriku ini.

Aku gembira!

Aku

Jumaat telah berlalu.

Apa yang ku nanti tidak kunjung tiba.

Sungguh banyak masalah yang hadir dalam hidup ku. Lebih banyak masalah semenjak dua ini. Kata orang, masalah mendewasakan kita. Tapi bagi aku masalah hanya membuatkan aku bertambah gila. Tiada medium untuk aku meringankan beban kepala ku ini. Kadang kala aku rasa, hanya aku yang seperti terlebih merisaukan sangat hal-hal itu. Mungkin remeh bagi sesetengah manusia. Biarkan saja lah.

Entri ku kali ini tidak mempunyai objektif. Hanya cakap-cakap kosong. Membebel seorang diri. Terasa seperti mahu menalifon rakan-rakan karib ku. Tapi mereka kesibukan. Seperti aku. Cuma aku sedang mencuri sedikit masa dari kesibukan aku. DAn aku tidak sampai hati pula untuk mencuri masa mereka untuk hanya berb0rak k0s0ng dengan ku.

Kadang-kadang, bila ku termenung seorang diri, ingin saja aku pergi kembali ke 2003 - ketika aku di tingkatan 3. Entah mengapa ku rasakan itu lah tahun yang paling menyeronokkan dalam hidup aku. Mungkin disebabkan rakan-rakan ku ketika itu. Yaa..kerana mereka. Kerana mereka aku gembira. Kerana mereka aku hadir ke sekolah setiap hari tanpa gagal. Kerana mereka aku tidak kenal erti kesunyian. Kehulu-kehilir kami bertiga. Kadang-kadang berlima. Selalunya bila tiba waktu rehat, aku bertiga. Tapi bila pulang, aku berlima. Aku sungguh rapat dengan salah seorang dari mereka berempat. Dia kini teman karib ku. Sejurus pulang dari rumah masing-masing, kami pasti bergayut di telefon dengan purata masa 1 jam setiap kali berhubung. Tidak cukup dengan itu lagi, kami bersms sehingga 3pagi. Waktu itu memang sangat indah. Sejujurnya aku tidak pasti bagaimana kami boleh menjadi akrab.

Tapi sayang….bukan bermaksud hubungan aku dan empat orang itu terputus. Tetapi kerana kami tidak lagi akrab. Begitu la kehidupan. Ketika kita kecil, kita mempunyai set of friends yang bebeza dengan ketika kita dewasa. Kriteria kawan-kawan yang kita cari juga berbeza. Jika dulu aku kaget, kerana intensiti keakraban kami semakin pudar. Tapi aku mengerti sekarang. Manusia berubah. Semakin kita dewasa, semakin banyak komitmen kita kepada kehidupan kita. Kita tidak harus mengharapkan setiap orang yang kita sayangi berada di sisi kita 24/7. Cukup hanya saling mengingati.

Namun sejak itu, aku tidak lagi merasai hubungan yang sebegitu akrab dengan mana-mana manusia lagi. Jangan tanya kau kenapa kerana aku tidak mampu berikan jawapan itu sekarang. Aku sendiri masih mencarinya. Tetapi ada beberapa hipotesis di sini.

  1. Mungkin aku yang menolak untuk menjadi rapat dengan sesiapa.
  2. Mungkin aku tidak berminat.
  3. Mungkin….aku memang tidak mengerti kenapa.

Perkara yang paling aku sedari semenjak aku meninggalkan alam sek0lah menengah yakni semenjak aku menghinjakkan kaki ke universiti, aku menjadi manusia berbeza.  Berbeza dari pelbagai sudut - mungkin juga dari semua aspek? Bukan niat ku untuk menyenaraikan unsur-unsur diri ku yang telah mengalami pr0ses “rectifikasi”. Yaaa…itu adalah lumrah manusia. Evolusi manusia. Seperti teori Darwin.

Manusia berubah dari segi fizikal, mental dan spiritual. Baru-baru ini aku membaca novel The Rule of Four karya Ian Caldwell dan Dustin Thomason.

the-rule-of-four.gif

Aku membayangkan kami seperti Tom, Paul, Charlie dan Gill. Teman yang akrab. Selepas tamat universiti, seperti kebiasaan, haluan masing-masing berubah. Seperti haluan aku dan rakan-rakan ku. Itu adalah normal! (aku masih mengalami kejutan evolusi mental dan emosi manusia). Novel tersebut membuatkan aku seperti ingin ke zaman Renaissance. Ketika ilmu barat sedang berkembang. Jika anda belum lagi membacanya (diterbitkan pada 2005), sila la berbuat demikian kerana anda juga akan merasakan seperti aku.

Berbalik kepada perubahan emosi dan mentaliti aku. Dari segi pemandangan lahiriah tanpa mengambil pengamatan jitu, aku seperti keanak-anakan - masih menonton kartun terutama anime dan disney channel. Hinggakan lelaki itu (sila rujuk entri “Lelaki Itu” ) mendesak ku supaya berkelakuan matang sejajar dengan peningkatan umur ku. Aku tidak mengerti. Kenapa harus kita berkelakuan seperti orang dewasa yang bermuka serius sentiasa yang tidak pandai untuk ketawa? 0h…itu pasti menyeksakan ku. Aku belom bersedia menjadi salah seorang dari mereka. Biarkan ku berlarian di dunia ku tanpa kongkongan.

 Tetapi kerana sedikit masalah - aku goyah. Aku semakin jauh dari diri ku yang sebenar. Aku semakin jauh dengan keluargaku dengan teman-temanku. Aku tidak kenal diriku. Aku lari - lari dari semua yang memecahkan minda ku. Lari dari kesedihan. Lari dengan harapan untuk mencari ketenangan. Tapi aku hanya membuat perkara bertambah teruk. Dan kesannya? Kepada diriku sendiri bukan kepada orang lain.

Biarlah aku menjadi nobody dalam dunia ni. Biarlah semua orang tidak kenal diriku. Biar semua orang lupa akan ku. Aku rasa itu lebih membahagiakan ku. Aku tidak mahu rapat dengan sesiapa. Tidak mahu lagi mengusutkan otakku. Aku lebih gembira keseorangan. Menjalani hidup ku seperti yang aku mahukan. Tanpa perlu kisah perasaan, persepsi orang lain. Oh…hentikan la. Cukup la dengan semua ini. Biarkan aku sendiri.

Tapi selagi kita hidup, banyak hati yang perlu kita jaga. Meletihkan……

Aku sudah tidak kenal diriku sendiri.

Aku manusia berbeza.

Aku komplex.

Aku letih.

Letih.

Amaran: Entri kali ini sungguh panjang. Tetapi jika anda mempunyai masa, anda dialu-alukan untuk membacanya.

depression.jpg

6 Mac 2008…..Sudah masuk hari ke-4 aku dan significant other ku tidak saling menghubungi. Tidak tahu mengapa. Mungkin salahku. Aku kebingungan. Persetankan akan apa yang telah terjadi. Aku malas - malas hendak memenuhi 0tak pemikiran ku mengenai perkara-perkara seperti itu. Aku penat. Banyak perkara lain yang lebih penting tatkala ini yang wajar mendapat perhatian aku. Aku harus mengubah haluan pemikiran aku dari merisaukan perkara seperti itu. Dia seharusnya lebih mengerti.Persetankan.

Sepanjang aku menghumbankan diri aku ke dalam dunia percintaan ini, aku rasakan seperti ianya sia-sia. Bukan kerana tidak mempunyai kenangan yang indah. Bahkan wajar aku ungkapkan ia sebagai kenangan yang terindah-seperti tajuk lagu Samsoons itu. Percintaan ini melibatkan s0al hati dan em0si dan juga time c0nsuming. Bukan saja percintaan, tetapi juge semua perhubungan yang ada di dalam dunia ini. Seharusnya aku tidak payah kenal apa itu cinta. Cinta menyusahkan. Cinta menyakitkan.

Sekarang ku tahu mengapa. Mengapa ibu ku tidak kembali kepada ayah ku. Kerana ibuku terluka. Ya…beliau amat terluka. Pernah ku bertanya kepadanya kenapa dia tidak cari pengganti ayah. Mungkin pertanyaan ini amat pelik bagi sesetengah 0rang. Apa jawab beliau? Pertama kali beliau terluka, beliau masih b0leh memaafkan orang itu. Tetapi bila kali kedua, beliau mula berfikir…bukan kebahagiaan seperti itu yang dicari selama ini. Lantas beliau nekad untuk memulakan hidup sendiri. Pada ku beliau amat tabah. Beliau amat nekad atas pendirian beliau. Tapi….aku bukan seperti beliau. Aku sungguh lemah.

Aku ingatkan cinta itu segalanya. Aku mengharapkan ia berkekalan. Aku terasa hendak mentertawakan diri ku sendiri. Tiada apa di dunia ini yang kekal. Aku patut tahu. Aku tidak harus men0lak fakta itu mentah-mentah tika dulu. Sungguh cetek pemikiran ku.

Perkara ini bukan yang pertama berlaku kepada ku. Ku kira-kira ini yang ketiga sepanjang aku bersama nya. Ku teringat akan lagu Love Hurts oleh Incubus. Ingin baca lirik nya?Klik sini. Aku setuju akan kenyataan di dalam lagu itu, di mana kenyataan itu berbunyi: “Love hurts but sometimes its a good hurt” Mungkin tafsiran 0rang berbeda mengenai ungkapan itu. Jika kita menterjemah secara langsung ia akan berbunyi seperti “Cinta itu menyakitkan tetapi kadang kala kesakitan itu membawa kebaikan” Ada kebenaran pada ungkapan itu. Berdasarkan pengalaman aku yang sedikit ini, perkara itu membuatkan aku lebih matang, lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan. Aku tidak mudah melatah. Mungkin pada kali pertama aku mendapat perkabaran itu. Aku menangis teruk. Tetapi hanya untuk sejam ku kira-kira. Esoknya ku ke kelas seperti biasa. Sejujurnya ketika itu aku tidak memahami langsung apa yang diajar 0leh pensyarahku di dalam subjek Introduction to Communication Engineering itu. Aku hanya berpura-pura memberi tumpuan. Walhal fikiran ku menerawang entah ke mane. Seperti seorang perdana menteri sedang memikirkan inti pati kempen nya pada pilihan raya tahun ini mungkin.

Perkara itu memberi impak yang maha besar ke atas pelajaran ku. Sungguhpun perkara itu terjadi lagi pada tahun ini, aku nekad- aku seb0leh-b0leh nya mahu mengelakkan minda ku dari berfikir akan perkara-perkara itu lagi. Aku letih.

Tetapi bohong kiranya jika aku mengatakan aku tidak kisah langsung atas ape yang berlaku. Aku tiada pilihan lain. Aku harus kuat. Aku pernah menjadi sese0rang yang aku sendiri tidak kenal untuk membuktikan kepada dunia yang perkara itu tidak mematahkan aku langsung. Aku menjadi hipokritis. Aku senyum seperti biasa. Aku ketawa. Aku bergembira. Kawan-kawan ku mengatakan mereka kagum di atas kekuatan aku menghadapi semua bull shit ni. Aku hanya ketawa. Tetapi dalam hatiku, tiada siapa yang mengerti. Kepedihan, keremukan.

Setelah beberapa lama aku menjadi single-tidak lah terlalu lama, kurang sebulan. Aku kembali kepadanya. Yaaa…aku b0d0h! Aku akui. Aku memang manusia b0d0h. Teman-teman ku tersentak atas tindakan drastik ku. Mereka tidak mampu berkata apa kerana aku menyakinkan mereka bahawa dia telah berubah menjadi lebih baik. Mereka hanya mendengar. Aku dapat baca riaksi mata mereka. Mereka tidak setuju sama sekali. Tetapi disebabkan aku adalah teman mereka, mereka tetap menghulurkan s0k0ngan. Paling aku terpukul ketika rakan karib ku, Ibai menghantar sistem pesanan ringkas (sms) kepada ku. Ketika itu aku sedang bercuti di Langkawi bersama family ku. Jika tidak silap waktu itu Disember 2007. Katanya, dia membantah tindakan aku. Katanya lagi, dia tidak mahu aku terluka. Aku terkesima. Aku bungkam. Aku mengerti setiap bait-bait yang dia c0retkan. Aku berterima kasih kerana mempunyai teman seperti nya. Ketika itu, dia yang sering menghulurkan tangan untuk membantu aku berdiri. Dia juga yang meminjam bahu nya untuk aku tangisi nasib ku. Sehinggakan kekasih nya mempunyai salah faham di atas ku. Kekasih nya gentar aku akan merampas dia. Jangan la dikau risau, aku dan dia hanya teman karib.

Semalam aku menghubungi Ibai untuk menceritakan apa yang telah terjadi baru-baru ini. Tetapi kali ini suara ku seperti biasa. Tidak lagi terganggu 0leh esakan-esakan murah. Aku mengatakan aku ingin menukar n0mb0r telef0n bimbit ku. Biar lelaki itu tidak payah menghubungi ku langsung-selamanya. Dia juga yang mulakan nya dahulu. Ku juga tidak mahu lagi memikirkan mengenai lelaki itu. Aku letih. Dia mencadangkan agar aku menunggu hingga Jumaat ini yakni hari es0k. Ku setuju. Jadi teman-teman sekali, akan ku sampaikan perkabaran lanjut es0k hari. Akan bersambung…..

nose2.jpg

hArI yang sAnGat KeJi!!

Amaran: Entri ini ditulis dengan penuh em0si kebengangan

Petang tadi ku pergi ke shopping mall terdekat dengan tempat

kediaman ku.

Untuk membeli sebuah kasut  sneakers.

Sedang ku berjalan, ternampak sebuah  sneakers jenama yang

amat popular di seluruh dunia.

Zupp!!! aku terjatuh hati akan sneakers itu.

Namun begitu, duit ku ampeh tidak cukup pule.

Tetapi sales assistant itu menawarkan untuk menyimpan

kasut itu sementare aku mengeluarkan

di ATM.

Tiba-tiba, Kak Mus ( se0rang yang rapat dengan ku ) terus je

amek kasut tu dan membayarnye di

kaunter pembayaran.

0h!!! betape hancur remuk luluh berkecai hati ku ini seperti dibaling ke

ceracak besi.

Kecewa…..

Masakan aku tidak kecewa amat-amat, satu-satunye kasut

yang saiz ku untuk model itu.

Argh!!!!!

Kecewa….

sungguh keji 0rang itu.

bahkan dia tahu aku mengumpat nye di bl0g ini.

Kecewa…..

Ah,tapi tidak ape, akan ku kebas kasut itu jika dia ketiadaan di rumah!

Lelaki itu

Lelaki itu, adalah lelaki ku (my significant other) . Sudah 5 tahun kami bersama. Tapi ku masih merasakan 5 tahun itu seperti 5 bulan. Masih bel0m layak aku mengatakan bahwa aku mengenalinya 100%. Rase spt 50% je. Tadi kami berb0rak-b0rak setelah lame mendiamkan diri-handphonenye dijual utk menambah duit membayar kereta nye yang dioverhaul.

———————————————————————————————-

Perbualan itu adalah seperti berikut (telah diedit, namun maksudnya tetap sama):

Situasi 1

Dia: Awak, ade tak yang awak tak puas hati sepanjang kite couple?

Aku: erm…tak de k0t. (ade sebernanye, tetapi 0takku malas

hendak merecall ). Awak?

Dia: Ade. Kite jarang dapat barang untuk dibuat kenangan.

Aku: (kebluran, rasenye cam dah bagi je beberape) Barang? Seperti?

Dia: Ye la. Awak cume kasi baju, seluar, wallet, tali pinggang.

Aku: (masih tidak memahami ape yang cube dia sampaikan).

Maksud awak?

—————————————————————————————-

M0tif cerita ini adalah, dia mengharapkan untuk mendapat

barang-barang yang b0leh dibuat kenangan dari ku.

Pers0alan ku yang pertama:

Adakah barang-barang yang telah ku berikan (seperti yang dinyatakan

di dalam dial0g terseb0t) bukan barang-barang yang b0leh dibuat

kenangan?

Pers0alan ku yang kedua:

Barang apakah yang lelaki nak sebenarnya?

Pers0alan ku yang ketiga:

Adakah lelaki juga menginginkan diberi bunga atau c0klat

(setakat menyeb0t beberape barang yang sering

diberikan kepade perempuan)?

—————————————————————————————-

Situasi kedua:

Dia: Awak, kite rase kite seperti kurang dihargai. Awak asek lebihkan

kawan-kawan awak.

Aku: Awak terase ke sebab kite selalu bercerita tentang mereka?

—————————————————————————————-

Motif cerita ini pula, dia mempers0alkan rase penghargaan

yang baginya kekurangan dalam perhubungan kami.

Persoalan ku yang pertama:

Bagaimanakah harus aku menunjukkan aku menghargai nya?

Pers0lan ku yang kedua:

Adakah aku harus mencurahnya dengan hadiah-hadiah?

Pers0alan ku yang ketiga:

Mengapakah sukar untuk memahami lelaki ini?

—————————————————————————————-

Kata-kata tambahan dari ku:

Soalan-soalan di atas terbuka kepada lelaki dan perempuan tanpa

mengambil kira status nya (single, married, d0mestic partnership,

in a relationship).

Sila la jawab!!

daku amat menghargainya.